<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d5676254881735928234\x26blogName\x3dMy+Live.+Love.+Laugh!\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dTAN\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://zoeyolivia-nurhayati.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://zoeyolivia-nurhayati.blogspot.com/\x26vt\x3d-5538875964932762780', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>

Monday, 14 May 2012

♥ Sanggup meletakkan ayah di Hospital Pakar Sakit Jiwa.

Assalamualaikum..

Today,

I rasa sedih sangat bila tengok zaman sekarang ni anak- anak sanggup lari rumah sebab mahukan kebebasan. Sanggup berfikiran bahawa teman lelaki lebih penting daripada seorang IBU yang telah bergadai nyawa melahirkan mereka. I pernah rasa jadi remaja tapi seteruk mana pun I dikongkong oleh Ibu I, tidak pernah sekali pun I terlintas dalam fikiran I untuk melarikan diri demi mendapatkan kebebasan.

Apalah sangat yang ada dengan kebebasan jika sebenarnya kita telah kehilangan sebutir permata yang jauh lebih bernilai dari segalanya. Ibu adalah ibarat sebutir PERMATA. Wujudnya kita kerana BELIAU yang telah sanggup mengandungkan selama 9 bulan, melahirkan serta membesarkan kita. Gamaknya hati kita inginkan kebebasan dengan cara melarikan diri berjauhan dari si IBU.. 

Keperitan IBU tidak pernah kita ketahui. Perjalanan mereka sehingga ke hari ini tiada bandingannya. Tiada siapa tahu apa yang pernah IBU lalui. Menahan dengan karenah anak- anak mereka.. Berusaha untuk mendapatkan yang terbaik untuk anak- anaknya.. Dan kerana kesanggupan IBU bergadai nyawa melahirkan anak itulah sebabnya SYURGA terletak di bawah telapak kaki IBU.

Seorang Anak wajib patuh dan hormat kepada IBU dan AYAHnya selagi ia tidak bertentangan dengan Agama. Kerana pengorbanan dan jasa mereka amatlah besar.. Tiada siapa dapat membalasnya walau diberikan intan permata sekalipun. Hanya ALLAH yang dapat membalas jasa mereka.

I terkilan dengan sebuah kisah benar yang baru sahaja I dapat tahu semalam. Siapakah dia? Biarlah ia dirahsiakan. Yang baik dijadikan tauladan dan yang buruk dijadikan sempadan.

Pak Leman (Bukan nama sebenar) memang sudah lama tidak tinggal bersama isterinya. Sudah 8 tahun Pak Leman tidak tinggal bersama isterinya namun mereka tidak bercerai. Mereka hanya hidup dengan jalan masing- masing. Walaupun rumah hanyalah jaraknya sekangkang kera sahaja, namun Pak Leman jarang sekali ditanya khabar oleh isterinya. Permintaan itu adalah dari isterinya sendiri. Entah disebabkan apa, ramai yang tidak ketahui. Mungkin dirahsiakan atas sebab peribadi.

8 tahun berlalu begitu sahaja. Pak Leman memang seorang yang kuat bercakap, baik hati dan sentiasa memberikan nasihat yang baik kepada anak- anak muda yang dikenalinya. Kini Pak Leman semakin lemah. Suatu hari Pak Leman pengsan di rumah dan dibawakan ke hospital. Pihak hospital telah mengesahkan bahawa beliau telah diserang angin ahmar atau lebih dikenali sebagai stroke.

Apabila Pak Leman sedar, beliau tidak berapa ingat apa yang telah berlaku kepadanya. Mungkin kerana kesan daripada stroke itu. 2 hari kemudian Pak Leman semakin ingat namun kadang- kadang Pak Leman merapu. Biasalah orang dah tua kan. Dalam hal ini, anak- anaklah yang sepatutnya memainkan peranan yang paling penting.

Namun.. Apa yang berlaku hanyalah anak- anak masih sibuk bekerja. Menguruskan hal keluarga masing- masing. Sang isteri pula hanya dengan jalan dan caranya.

Keseorangan Pak Leman di rumah. Kadang beliau bercakap seorang diri. 

Semalam, I dapat tahu Pak Leman telah ditempatkan di hospital pakar sakit jiwa. Masya-Allah.. Mengapalah sehingga begitu sekali? Anak- anak beliau mengatakan bahawa Pak Leman sudah semakin merapu dan suka bercakap seorang- seorang sehingga mengamuk kepada orang- orang kampung. Mereka sudah tidak tahan lagi dan takut perkara ini menjadi lebih serius seperti ingin membunuh diri atau mencederakan orang lain.

Ya ALLAH, benarkah situasi ini atau mereka hanya mereka- reka cerita? Jalan mudah agar mereka tidak perlu lagi menjaga Pak Leman di kemudian hari? Wuallahualam..

Kami melawat Pak Leman. Setelah diselidik keadaan Pak Leman, doktor mengatakan bahawa Pak Leman tidak gila. Apabila berbual dengan Pak Leman, beliau masih seperti dahulu. Apabila ditanya mengapa anak- anak membawa beliau ke sini beliau sedih dan menjawab. " Tak tahulah.. Anak- anak ni bila kita marah sikit pun sekarang dah tak boleh.."

Pak Leman masih di Hospital pakar sakit jiwa. Merenung mata beliau kesedihan meruntun jiwa. Benarkan Pak Leman mengalami sakit jiwa atau ini hanya mainan mereka untuk melepaskan tangan? Aduhai anak.... Mengapalah anda sanggup melakukan demikian?

Penawar untuk ayah kembali sihat selain daripada ubat ubatan di hospital adalah anak- anak mereka. Ketahuilah bahawa beliau sentiasa merindui kasih sayang anak- anaknya. 

Apabila difikirkan kembali tentang perjalanan hidup Pak Leman selama 8 tahun ini, siapa pun akan mengalami tekanan. Dengan si isteri yang ingin duduk berlainan rumah tetapi tidak bercerai. Keseorangan di rumah. Anak- anak yang jarang mengambil berat. Apabila sakit tiada tempat hendak mengadu. Memanglah tekanan jika seseorang itu telah berusia.

Sepatutnya anak- anaklah yang  banyak memberikan sokongan bukannya mengambil jalan mudah menghantar ke hospital pakar sakit jiwa.

I harap semua anak- anak termasuk diri I sendiri dapat mengambil iktibar dalam kisah pada kali ini. Yang baik dijadikan tauladan dan yang buruk dijadikan sempadan. Semoga kita menjadi anak yang soleh dan solehah untuk ibu dan ayah kita. 


WASSALAM...


5/14/2012 09:04:00 pm

♥ NURHAYATI ;



    Assalamualaikum..
    I'm Nurhayati Abd Malek
    Uhh..
    Well Life is too short to be sad kan.
    So.. Happy lah while U can
    while U still breath. ;)




    ♥ CHILLAX HERE! ♥



    ♥ LETS CLICK! ♥






♥ ME STORY ♥

♥ ANOTHER COOL! ♥

♥ Past




    ♥ BE MY FRIEND AT FaceBook

    Mya Elle

    Create Your Badge