Thursday, 3 May 2012
♥ Qiesya 6 bulan dah pandai apa?
Qiesya now 6 months old!
Pagi tadi bawak Qiesya pergi cucuk kat clinic. Nangis ckit lepas tu I senyum dia pun senyum.. Manja betul dia sekarang. I nak pergi mana2 sekejap pun kalau dia perasan dah merengek. I nak masuk toilet sekejap pun dia dah cemek dah muka. Aduhai.. Macam mana la mama nak buat keje macam ni sayang.. Huhuhu..
Bila dah 6 bulan ni Qiesya lasak betul. Dulu pun memang lasak gak kot? Ok.. Tapi sekarang dia 2x ganda lasak. Atuk Ummi dia pun dah tak larat nak dukung. Hehe. Last weekend kami balik kampung. Lama dah tak balik Muar. Rindu betul! Bila tengok Muar, teringat masa kecik2 dulu.
Oh ye! Qiesya sekarang dah pandai cuci tangan. Bila kita pergi dekat sink dan buka air paip tu je dia terus hulur tangan sebelah kanan lepastu bila kita cakap "Another hand.." Dia terus tukar sebelah lagi tangan. Comel betul! I ajar dia dari usia 4 bulan lagi.
Qiesya suka betul tengok baby first especially cartoon Peek-A-Boo. Bila dengar music Peek-A-Boo je kepala dia tak gerak ke mana dah depan TV je la. Kadang tu mata bulat sampai tak berkelip! Kelakar tengok.
Ok, bab makan pulak dulu masa 3-5 bulan. I letak sudu kat bibir Qiesya baru dia buka mulut nak makan. Sekarang ni tak payah letak sudu pun dia dah nganga mulut. Hehe!
Ipad! Oh habislah Ipadku.. Mula2 dia tengok je Ipad tu bila I buka A-tube babyfirst. Tapi selepas dia nampak I tekan2 kat screen Ipad tu dia pun nak cuba. Tapi.......
Dia tak guna jari telunjuk ok. Dia guna tapak tangan dan tapak kaki.. T_T
Dulu masa Qiesya 3 bulan dia dah pandai bukak pampers sendiri. Sekarang dah 6 bulan seluar pun dia dah pandai bukak sendiri. I tengah buat kerja kat lappy and then lepas tu I letih I nak bawak Qiesya naik bilik. Tiba2 I nampak pampers dia je. I rasa I pakai kan dia seluar panjang tadi. Bila tengok betul2 rupa2nya seluar dia dah ada kat mulut dia tengah geget2.. Mama belikan mainan tak nak gigit. Seluar jugak yang awak suka gigit kan?
Ok. Aritu kat Muar.. Hubby, Qiesya and I pergi makan Sushi King! Sedapppnya! Tapi ada orang tu loya. Hehe! Kesian Hubby dia 1st time makan.
Kami suka Sushi!
Alololo!
kekenyangan Sushi hooo
5/03/2012 12:35:00 am