Monday, 7 May 2012
♥ Love you Ummi.
Ibu, Ummi, Emak, Mama, Amma, Ummu atau Bonda
adalah wanita yang telah melahirkan dan membesarkan kita.
Wanita yang berhati Mulia kerana sanggup bergadai nyawa untuk melahirkan kita.
Melihat wajah si ibu, senyumannya..
Sudah cukup untuk membuatkan kita tenang.
Melihat matanya saja sudah cukup untuk kita memahami keperitannya.
Susah senang Ibu tetap bersama kita.
Apabila terjatuh Ibulah yang akan membangunkan kita.
Membalut luka di kaki. Mengesat air mata.
Tatkala ayah merotan dek karena kenakalan kita, Ibu lah penyelamat.
Ibulah yang akan memeluk erat kita.
Siapalah kita tanpa Ibu..
Ibu membesarkan kita tanpa meminta balasannya.
Apa yang beliau mahukan hanyalah kebahagiaan untuk kita.
Sekejap sahaja masa berlalu.
Kita cuba memahami apa yang tersirat di hati Ibu.
Namun... Allah sahaja yang dapat memahaminya.
Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa dan pengorbanan Ibu.
Walaupun sedaya upaya kita untuk membalas jasanya,
tidak terbalas jasa Ibu terhadap kita.
Terlalu banyak pengorbanan Ibu.
Terlalu banyak juga rahsia yang Ibu simpan..
Di saat Ibu terluka, kadang kita alpa diulit keindahan dunia.
Di saat Ibu menunggu panggilan dari kita,
kadang kita melebihi memanggil yang lain.
Di saat Ibu memarahi kita, mungkin kita terasa Ibu tidak lagi menyayangi kita.
Hai Anak..
Sedarlah!...
Ibu tidak akan memarahi kita selagi kita betul dan baik di matanya.....
Ketahuilah bahawa seorang Ibu akan sentiasa mahukan yang terbaik untuk anaknya..
Jadilah yang terbaik untuk IBU kita...
Kerana Allah sentiasa menyayangi mereka yang menghormati dan menyayangi kedua ibu bapanya.
InsyaAllah..
5/07/2012 11:14:00 pm