Saturday, 30 July 2011
♥ Hari Pernikahan Naszri & Nurhayati
Hari berganti hari, masa berganti masa, tibalah waktu yang ditunggu-tunggu buat kami berdua. Walaupun banyak dugaan yang telah melanda sebelum menjelangnya hari pernikahan kami namun kami tempuhi juga. Dan hari yang gemilang itu tetap tiba juga. Orang kata kalau jodoh tak ke mana. Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Illahi. Semuanya berjalan dengan lancar.
Aku masih ingat lagi sebulan sebelum pernikahan kami berlangsung, abah telah diserang stroke. Ketika itu abah dan ummi pergi holiday di Sabah. I was very shocked! Macam mana lah keadaan ummi pada ketika itu. Aku hanya berdoa kepada Allah agar abah dan ummi sentiasa berada di dalam keadaan yang selamat. Suara ummi amat lemah ketika itu, Tuhan saja yang mengetahui segalanya. Abah tidak dapat pulang ke Semenanjung kerana keadaannya masih belum stabil. Dia ditahan di hospital. Aku mengadu perihal ini kepada kak Norha. Mujur kak Norha mempunyai teman rapat ketika di kolej yang bekerja kebetulan di hospital yang sama abah ditahan wad. Kak Ayuni. Beliau lah yang telah banyak membantu kami di Sabah.
Sebaik saja diberitahu abah tidak dapat pulang ke Semenanjung, aku, kakak dan abang aid serta isterinya segera bergegas ke Sabah. Hampir seminggu juga kami di Sabah. Dan kami juga terpaksa menyambut bulan Ramadhan di Sabah. Bagi aku itu adalah satu pengalaman yang memang takkan dapat kulupakan.. Kerisauan yang berada di mata ummi membuatkan aku sedih, namun aku tahu abah seorang yang sangat kuat. Walaupun dia hampir tidak mengenali anak- anaknya pada ketika itu, namun ku tabahkan hatiku kerana aku tahu abah akan kembali seperti dahulu. Seorang yang periang dan penyayang. Kami berdoa siang dan malam agar abah akan kembali seperti dahulu. Abah masih terbaring dan kadang merapu. Makanan hanya sedikit dijamahnya. Setelah beberapa hari diberi rawatan di Hospital Ellizabeth, Sabah. Abah sudah smakin kuat. Alhamdulillah.. Walaupun ingatan abah masih belum pulih namun kami mengambil keputusan untuk membawanya pulang juga ke rumah. Terima kasih yang tak terhingga kepada kak Ayuni dan keluarganya kerana telah banyak membantu kami sepanjang kami di Sabah. Hari itu kami pulang ke Semenanjung..
Sebulan berlalu dengan cepat. Abah juga semakin pulih. Walaupun abah tidak seperti dahulu namun abah dah boleh berjalan dan tertawa. Kadang perwatakannya seperti kebudak- budakkan. Aku bersyukur.... Kerana bagiku senyuman itu lebih berharga. Sayang kat abah!! Hari itu aku dapat melihat mata abah agak kemerahan.. Tangisan kegembiraan sebaik sahaja selesainya majlis pernikahanku. Terima kasih abah atas segala pengorbanan abah selama ini kerana telah menjaga Nurhayati dengan baik. Aku memeluk abah dengan erat.. Dan kegembiraan itu datang semula.. Ummi tersenyum..
Pagi itu selepas berzanji dan khatam Al-Quran, majlis pernikahan bermula dengan perasaan gementar dan di akhiri dengan tangisan kegembiraan. Dua kali jugalah Si Dia melafazkan akad nikah. Nak tergelak aku masa tu. Gementar katanya.. Hihi!
Mohd Naszri & Nurhayati
♥ (◡‿◡✿)
7/30/2011 02:04:00 am