Thursday, 11 August 2011
♥ No more fake smile ;)
Assalamualaikum.
Bila jalan- jalan kat shopping complex sekarang ni semua dah pasang lagu raya. Seronok betul! Rasa macam dah raya pula. Ramai betul orang yang berpusu- pusu untuk beli baju raya dan kuih raya. Kalau kat KL area masjid india, pukul 8pm je dah penuh orang sampai jammed. Memang dah jadi kebiasaan kan bila raya je mesti nak kena beli baju baru, kasut baru, semualah baru! Kalau tak baru tak sah lah.. Oh, ye! Buat masa ni aku masih belum lagi beli baju untuk raya. Cuma sekarang tengah seronok tengok orang- orang yang sedang membeli. Happy je kan! ;)
Tahun ni aku beli baju pregnant je untuk raya. Tak dapat nak pakai baju kurung. Tapi tak apelah kan. Berita dapat tahu yang aku bakal jadi mama tak lama lagi lebih seronok dari pakai baju kurung. Hihi! Alhamdulillah. Rezeki dari Allah.. Setelah banyak dugaan dan cabaran kami tempuhi bersama, akhirnya segala doa kami diperkenankan jua dan dipermudahkan oleh-Nya bagi segala kesusahan itu. Berkat doa dan usaha yang tak pernah putus asa, Alhamdulillah.. Ada hikmahnya di sebalik setiap kejadian yang berlaku. Aku amat bersyukur ke hadrat Illahi. Abah pun sekarang dah bertambah sihat. Dah boleh happy macam dulu. Walaupun banyak lagi yang belum selesai, tapi aku dah boleh tersenyum sekarang. No more fake smile. :D
Friends? As i said many of friends now are scattered around the world. Hrmm.. Susah jugak nak jumpa walaupun stay 1 KL. Semua ada komitmen masing- masing. But, yeah ada juga yang selalu keep in touch melalui facebook dan twitter. Bayangkan kalau tak ada facebook, susah juga kan? Kadang- kadang tu bila dah terjumpa kat mana- mana, selain tanya hp number yang baru mesti nak kena tanya "U ade FACEBOOK tak? Nanti i add u ok". So, in the nutshell facebook tersangatlah penting buat masa sekarang ni.
Owh! Group 31, ex-student KPJ's College katanya ada mengadakan majlis berbuka puasa ala- ala reunion sabtu ni. Mesti best! Rindu kat dia orang. Tapi sayang aku tak dapat nak hadirkan diri atas sebab- sebab tertentu. Hope mereka semua enjoy di majlis berbuka tersebut.
Terfikir juga sewaktu masih kerja dulu. Banyak kenangan pahit dan manis masa tu. Ada yang suka, marah, benci, cemburu dan apa saje lah.. Tapi semua tu dah jadi memori. Kat sini, aku nak Minta maaf kepada mereka yang pernah terasa hati atau terguris perasaan terhadap aku. Perkara yang baik semuanya datang dari Allah S.W.T dan yang buruk hanyalah dari diri saya sendiri. Mungkin kadang- kadang kita tak perasan dan tak sengajakan. Harap dimaafkan sempena bulan yang indah ini. :)
Ok! Aku rasa sampai sini saja dulu.. It's time for me and my baby to sleep. Good night!
8/11/2011 01:50:00 am