<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d5676254881735928234\x26blogName\x3dMy+Live.+Love.+Laugh!\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dTAN\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://zoeyolivia-nurhayati.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://zoeyolivia-nurhayati.blogspot.com/\x26vt\x3d-5538875964932762780', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>

Sunday, 19 June 2011

♥ Simple Story Of My Enggagement Day



2/5/2010 adalah merupakan tarikh pertunangan aku dan juga Mohd Naszri Johari iaitu suamiku sekarang. Memang macam tak percaya je dah nak jadi tunang orang masa tu. Excited sangat! Terima kasih kepada Ummi & Abah juga keluarga yang sentiasa bertungkus lumus untuk menjayakan majlis ni. Ye lah mereka yang beriya-iya sangat masa tu. Aku pun happy sangat! Nak diikutkan, kami kawan tak lama. Masuk bulan yang ke 3 kami berkawan dia mula mengatakan bahawa dia memang suka dan telah jatuh cinta pada aku. Haha! Jiwang kan? Tapi masa tu aku ragu- ragu juga. Sebab zaman sekarang ni ramai yang suka ambil kesempatan je. Kebanyakan lelaki susah dipercayai! Olehsebab tu aku belum lagi beri keputusan muktamad padanya pada ketika tu. Muka dia nampak macam risau je. Takut- takut lamarannya ditolak kot.. Hihi! 
     Semakin hari aku semakin mengenalinya. Dia begitu mengambil berat terhadapku. Apa yang aku kenal dan suka pada dia adalah dia merupakan seorang yang sangat bertanggung jawab dan kelakar! Dari situlah aku mula jatuh cinta dengan dia, walaupun sebelum ni memang aku suka pada dia. Dia susah nak marah aku melainkan aku memang betul- betul salah. Aku ingatkan masa baru- baru berkawan je dia macam tu. Tapi rupa- rupanya dia memang macam tu. He's really my PRINCE CHARMING.. Satu perkara yang membuatkan aku yakin bahawa dia adalah jodohku adalah dia berani berhadapan dengan kedua orang tuaku dan sangat menghormati mereka. Itulah! Orang kata kalau nak 'tackle' anak kenalah 'tackle' mak dan ayah dia dulukan? He did a good job! Yang penting sekali dia bukan berlakon. Sehingga sekarang pun dia masih menghormati kedua orang tuaku malah aku nampak dia begitu menyayangi mereka dan semakin mesra..
    Sebulan berlalu.. Akhirnya aku membalas juga kata- katanya. "Yes, I do! But of 1 condition..." Happy betul dia masa tu. Comel jek! Hihi.. Tapi apa syaratnya? Syaratnya adalah yang pertama sekali dia mesti janji tak akan luka kan hati aku dan takkan sia- siakan hubungan kami. Yang ke dua, dia mesti sayang aku dan terima keluargaku seadanya dan yang ke tiga adalah dia kena jumpa dengan Ummi & Abah aku untuk minta izin supaya dia boleh berkawan dengan aku. Hehe.. Sebenarnya aku tak pernah pula serious sampai macam tu sekali nak berkawan. Tapi tak tahulah kali ni mungkin memang dah jodoh aku dengan dia aku begitu pasti untuk bawa dia jumpa Ummi & Abah semata- mata untuk minta izin supaya dia boleh berkawan dengan aku lebih rapat.. Selama ni tak ada pula orang lain aku buat macam tu. Betullah kan bila kita dah pasti dialah jodoh kita apa pun boleh jadi. So, dia terus bersetuju.
   Nak dijadikan cerita satu hari ni aku ajak si dia balik kampung di Muar untuk berjumpa dengan Ummi & Abah. Kedatangan kami disambut gembira oleh keluargaku. Selepas makan tengahari si dia memulakan topik mengenai hubungan kami. Masa tu abah nampak macam garang je. Takut gak aku.. Tapi selepas tu abah mula menerangkan mengapa dia bersikap sedemikian. Rupa- rupanya abah memang nak kan seseorang yang boleh tengok- tengokkan aku. Memandangkan umur mereka yang semakin lanjut abah sangat bersetuju jika ada seseorang yang dapat menjaga aku nanti. Yelah kan aku seorang je yang belum berkahwin lagi dalam adik- beradik, perempuan pula tu. Bila dah berjauhan mestilah dia risau.. Nak ulang- alik dari Muar-KL jauh and costing.. Abah nak orang yang betul- betul ambil serious dalam hal ni. Muka abah memang nampak macam semakin serious. Aku pun macam pelik gak. Tiba- tiba abah cakap. "Jadi bulan 5 ni boleh lah datang merisik dan bertunang, bulan 12 kahwin!" Hah! Biar betul abah ni..... Terkejut gilerr aku..... Kenapa cepat sangat? Si dia pun macam terkejut, tapi muka dia macam lagi happy je.. Alamak! 
    Orang kata perkara yang baik tak elok dilambat- lambatkan. Oleh itu, aku bersetuju dengan cadangan abah. Apa- apa pun dah dapat restu dari Ummi & Abah. Alhamdulillah.. Cepat ke lambat ke yang penting setiap apa yang berlaku ada hikmahnya! Kami menetapkan tarikh 2/5/2010 sebagai tarikh pertunangan kami. Walaupun masa perkenalan kami agak singkat sebelum kami bertunang, tapi aku tahu mengenali seseorang selepas mendirikan rumahtangga adalah lebih menyeronokkan sebenarnya. Yang penting aku tahu bahawa dia seorang yang bertanggung jawab, jujur, ikhlas, sabar, kelakar, penyayang dan sentiasa berusaha untuk memajukan diri sendiri! That's HIM!.. Mohd Naszri Bin Johari.. Thank You Sayang! :) 
  And the last but not least A million Thanks to CiptaKarya photography & Studio and Make Up by Rizal Ezlyanna. All of u have made my Enggagement day PERFECT! ;)














Nurhayati & Mohd Naszri 

(**Al-fatihah kepada Allayarhamah Bonda Rahimah Bt Md Sharif..
Semoga rohnya ditempatkan ke dalam golongan orang-orang yang beriman. Amin..)


6/19/2011 01:01:00 am

♥ NURHAYATI ;



    Assalamualaikum..
    I'm Nurhayati Abd Malek
    Uhh..
    Well Life is too short to be sad kan.
    So.. Happy lah while U can
    while U still breath. ;)




    ♥ CHILLAX HERE! ♥



    ♥ LETS CLICK! ♥






♥ ME STORY ♥

♥ ANOTHER COOL! ♥

♥ Past




    ♥ BE MY FRIEND AT FaceBook

    Mya Elle

    Create Your Badge