Tuesday, 2 August 2011
♥ Resepi di Bulan Ramadan
Satay Goreng Resepi Ummi
Sempena di bulan Ramadan ini Yati kongsikan sedikit resepi dari ummi untuk semua! ;)
Bahan- bahan:
2 kilo Daging lembu cuci, dan tos. (dipotong nipis dan kecil)
3 sudu besar Ketumbar (sangar dan di blender)
1 sudu Jintan Manis (sangai dan di blender)
1 sudu Jintan Putih (sangai dan di blender)
2 sudu Serbuk kunyit
2-3 Senduk Gula pasir
6 Batang Serai (di blender)
2 sudu kecil garam (secukup rasa)
3 senduk Minyak masak
Cara- cara:
1. Gaulkan daging dengan serai, gula, serbuk kunyit, ketumbar, jintan manis, jintan putih yang telah di sangai dan di blender. Perap selama 1 jam.
2. Panaskan minyak di kuali secukupnya. Masukkan semua daging yang telah diperap tadi. Biarkan sehingga empuk. Apinya mestilah sederhana saja. (Jika masih belum empuk, tambahkan 1 cawan air sehingga daging empuk).
3. Setelah naik minyak, lebih enak jika dibiarkan satay daging berkuah sedikit.
4. Hidangkan bersama ketupat nasi, timun, bawang dan sambal kacang. Perfect!
Selamat Mencuba!
8/02/2011 10:36:00 pm