<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/5676254881735928234?origin\x3dhttp://zoeyolivia-nurhayati.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Monday, 14 May 2012

♥ Sanggup meletakkan ayah di Hospital Pakar Sakit Jiwa.

Assalamualaikum..

Today,

I rasa sedih sangat bila tengok zaman sekarang ni anak- anak sanggup lari rumah sebab mahukan kebebasan. Sanggup berfikiran bahawa teman lelaki lebih penting daripada seorang IBU yang telah bergadai nyawa melahirkan mereka. I pernah rasa jadi remaja tapi seteruk mana pun I dikongkong oleh Ibu I, tidak pernah sekali pun I terlintas dalam fikiran I untuk melarikan diri demi mendapatkan kebebasan.

Apalah sangat yang ada dengan kebebasan jika sebenarnya kita telah kehilangan sebutir permata yang jauh lebih bernilai dari segalanya. Ibu adalah ibarat sebutir PERMATA. Wujudnya kita kerana BELIAU yang telah sanggup mengandungkan selama 9 bulan, melahirkan serta membesarkan kita. Gamaknya hati kita inginkan kebebasan dengan cara melarikan diri berjauhan dari si IBU.. 

Keperitan IBU tidak pernah kita ketahui. Perjalanan mereka sehingga ke hari ini tiada bandingannya. Tiada siapa tahu apa yang pernah IBU lalui. Menahan dengan karenah anak- anak mereka.. Berusaha untuk mendapatkan yang terbaik untuk anak- anaknya.. Dan kerana kesanggupan IBU bergadai nyawa melahirkan anak itulah sebabnya SYURGA terletak di bawah telapak kaki IBU.

Seorang Anak wajib patuh dan hormat kepada IBU dan AYAHnya selagi ia tidak bertentangan dengan Agama. Kerana pengorbanan dan jasa mereka amatlah besar.. Tiada siapa dapat membalasnya walau diberikan intan permata sekalipun. Hanya ALLAH yang dapat membalas jasa mereka.

I terkilan dengan sebuah kisah benar yang baru sahaja I dapat tahu semalam. Siapakah dia? Biarlah ia dirahsiakan. Yang baik dijadikan tauladan dan yang buruk dijadikan sempadan.

Pak Leman (Bukan nama sebenar) memang sudah lama tidak tinggal bersama isterinya. Sudah 8 tahun Pak Leman tidak tinggal bersama isterinya namun mereka tidak bercerai. Mereka hanya hidup dengan jalan masing- masing. Walaupun rumah hanyalah jaraknya sekangkang kera sahaja, namun Pak Leman jarang sekali ditanya khabar oleh isterinya. Permintaan itu adalah dari isterinya sendiri. Entah disebabkan apa, ramai yang tidak ketahui. Mungkin dirahsiakan atas sebab peribadi.

8 tahun berlalu begitu sahaja. Pak Leman memang seorang yang kuat bercakap, baik hati dan sentiasa memberikan nasihat yang baik kepada anak- anak muda yang dikenalinya. Kini Pak Leman semakin lemah. Suatu hari Pak Leman pengsan di rumah dan dibawakan ke hospital. Pihak hospital telah mengesahkan bahawa beliau telah diserang angin ahmar atau lebih dikenali sebagai stroke.

Apabila Pak Leman sedar, beliau tidak berapa ingat apa yang telah berlaku kepadanya. Mungkin kerana kesan daripada stroke itu. 2 hari kemudian Pak Leman semakin ingat namun kadang- kadang Pak Leman merapu. Biasalah orang dah tua kan. Dalam hal ini, anak- anaklah yang sepatutnya memainkan peranan yang paling penting.

Namun.. Apa yang berlaku hanyalah anak- anak masih sibuk bekerja. Menguruskan hal keluarga masing- masing. Sang isteri pula hanya dengan jalan dan caranya.

Keseorangan Pak Leman di rumah. Kadang beliau bercakap seorang diri. 

Semalam, I dapat tahu Pak Leman telah ditempatkan di hospital pakar sakit jiwa. Masya-Allah.. Mengapalah sehingga begitu sekali? Anak- anak beliau mengatakan bahawa Pak Leman sudah semakin merapu dan suka bercakap seorang- seorang sehingga mengamuk kepada orang- orang kampung. Mereka sudah tidak tahan lagi dan takut perkara ini menjadi lebih serius seperti ingin membunuh diri atau mencederakan orang lain.

Ya ALLAH, benarkah situasi ini atau mereka hanya mereka- reka cerita? Jalan mudah agar mereka tidak perlu lagi menjaga Pak Leman di kemudian hari? Wuallahualam..

Kami melawat Pak Leman. Setelah diselidik keadaan Pak Leman, doktor mengatakan bahawa Pak Leman tidak gila. Apabila berbual dengan Pak Leman, beliau masih seperti dahulu. Apabila ditanya mengapa anak- anak membawa beliau ke sini beliau sedih dan menjawab. " Tak tahulah.. Anak- anak ni bila kita marah sikit pun sekarang dah tak boleh.."

Pak Leman masih di Hospital pakar sakit jiwa. Merenung mata beliau kesedihan meruntun jiwa. Benarkan Pak Leman mengalami sakit jiwa atau ini hanya mainan mereka untuk melepaskan tangan? Aduhai anak.... Mengapalah anda sanggup melakukan demikian?

Penawar untuk ayah kembali sihat selain daripada ubat ubatan di hospital adalah anak- anak mereka. Ketahuilah bahawa beliau sentiasa merindui kasih sayang anak- anaknya. 

Apabila difikirkan kembali tentang perjalanan hidup Pak Leman selama 8 tahun ini, siapa pun akan mengalami tekanan. Dengan si isteri yang ingin duduk berlainan rumah tetapi tidak bercerai. Keseorangan di rumah. Anak- anak yang jarang mengambil berat. Apabila sakit tiada tempat hendak mengadu. Memanglah tekanan jika seseorang itu telah berusia.

Sepatutnya anak- anaklah yang  banyak memberikan sokongan bukannya mengambil jalan mudah menghantar ke hospital pakar sakit jiwa.

I harap semua anak- anak termasuk diri I sendiri dapat mengambil iktibar dalam kisah pada kali ini. Yang baik dijadikan tauladan dan yang buruk dijadikan sempadan. Semoga kita menjadi anak yang soleh dan solehah untuk ibu dan ayah kita. 


WASSALAM...


5/14/2012 09:04:00 pm

Wednesday, 9 May 2012

♥ Shopping Emas!

Assalamualaikum to all the readers and followers..


Unexpected price. What is it? GOLD! Tak sangka betul harga emas sekarang ni turun naik. Hari ni harga emas turun! Oh! It's really A magical time to buy it as soon as possible which is harini gak lah kan. Sebab esok lusa belum tahu harga emas naik atau turun. But for me harga harini adalah yang paling murah pada tahun ni. Masa beli emas untuk Qiesya aritu pun harga emas tak lah semurah harini. Huhuhu!

Why Gold? As we all knows that gold is a rare metal that has always appealed men's attention kan. Its colour, its chemical stability is just amazing. Gold's chemical symbol is AU and its atomic number is 79. Chemistry memang peningkan? 

So, I've bought 999 Gold from RS Gold Jewellery. They are very good at buy and sell with Gold. For me this is really A good time to buy gold. Why? If u want to know Gold has been called a "barometer of fear". When people are anxious about the economy, they turn to gold and bid the price up. 

Just imagine if You have money and gold which is the same price as your money. 1 or 2 years later. Do ya think that the price is still the same? Memang taklah kan... Of course lah emas lagi tinggi harga nya. 

And.. Just imagine if U are at the overseas and U have RM1000 and your gold. And the gold's price is just the same with your money in the pocket. You want to exchange the money into their money at there. Agak- agak berapa yang boleh dapat bila dah exchange? If compare dengan gold mana yang boleh dapat banyak? Of course lah Gold!



So, emas memang sangat berharga! For me owning gold is as insurance. Don't ever think  of gold as a way to make money. And it's better if we buy the gold in small amounts regularly, every month for example over a period of time rather than beli sekaligus banyak. But it depends lah. Kalau dah harga tengah murah kat kitco.com tu rebutlah beli! 

And just dont worry about selling the gold when that time comes. Gold is recognized and valued everywhere in the world. Gold also can protect against both deflation and inflation.  

It is really amazing talking about gold. Well.. A million thanks to RS Gold Jewellery sebab bagi banyak info tentang emas. Perkhidmatan yang bagus juga. They have jewellery, dinar, syiling and etc.. Walaupun company mereka masih baru but harga yang diberikan memang sangat memuaskan hati I. You guys are just awesome! Mungkin next time nak beli lagi. Insyaallah... :D




5/09/2012 06:25:00 pm

♥ Langkawi tak best!

Siapa kata Langkawi tak best? BEST GILERRR OKEH! ;)

Teeeheeee..

Hi Assalamualaikum!

Sedar tak sedar kita dah pun melangkah masuk ke bulan Mei. Sooo many things happened  to me dan banyak memberikan I pengajaran. About do's and don'ts. And banyak lagilah!

Oh kayy darling. For your information My Bestressss friend Mazlyn dah pun bersalin. Alhamdulillah. It's a boy! Comel sangat... Congratulation dear..

Yesterday I called her.. Ksian lynn, dia banyak kehilangan darah masa deliver. Suara pun lemah je.. Thank God Mama dia dapat jaga dia. Kesian jugak kat Israf sebab kena tinggal sorang kat KL. Mesti rindu kat baby dengan Lynn. Hehe! Well thats kay! Israf kena la work hard kan sebab sekarang dah bertiga. Wish anda semua akan bertambah bahagia.

Selamat berpantang ye! Rindu betul masa kita lepak sama2. Borak2, main joker card, black magic la, masak2, shopping, surfing, tengok late night movie tapi last2 yati tengok sorang2 je sebab Lynn suka tidur awal. Haha! It was so much fun!

Cepat2 sihat nanti kita boleh chill out sama! Tak sabar nak jumpa awak dan Daniyal bila dah sihat nanti.

Ho yeah!

Sebelum Lynn deliver haritu kami sempat bercuti ke Langkawi! And memang best gilerr lah Langkawi sekarang.. PROUD. 

Enjoy the picture guys.. ;)


Me & Lynn

Mr. Hang Tuah & Me

Bilik kami bersebelahan

Lynn & Israf

@ Telaga Mahsuri

Qiesya yg sunburn. Pity u hunn... 

Cabel car jom!

Tinggi and ohsem!..

I love U heheh

Nak jolok motor ni bawak balik KL. ;p


Nah! Thank U for reading. :)


5/09/2012 12:45:00 pm

Monday, 7 May 2012

♥ Love you Ummi.




Ibu, Ummi, Emak, Mama, Amma, Ummu atau Bonda 
adalah wanita yang telah melahirkan dan membesarkan kita. 
Wanita yang berhati Mulia kerana sanggup bergadai nyawa untuk melahirkan kita.

Melihat wajah si ibu, senyumannya.. 
Sudah cukup untuk membuatkan kita tenang.
Melihat matanya saja sudah cukup untuk kita memahami keperitannya.

Susah senang Ibu tetap bersama kita.
Apabila terjatuh Ibulah yang akan membangunkan kita.

Membalut luka di kaki. Mengesat air mata.
Tatkala ayah merotan dek karena kenakalan kita, Ibu lah penyelamat.

Ibulah yang akan memeluk erat kita.
Siapalah kita tanpa Ibu..
Ibu membesarkan kita tanpa meminta balasannya.
Apa yang beliau mahukan hanyalah kebahagiaan untuk kita.

Sekejap sahaja masa berlalu. 
Kita cuba memahami apa yang tersirat di hati Ibu.
Namun... Allah sahaja yang dapat memahaminya.
Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa dan pengorbanan Ibu.
Walaupun sedaya upaya kita untuk membalas jasanya, 
tidak terbalas jasa Ibu terhadap kita.

Terlalu banyak pengorbanan Ibu.
Terlalu banyak juga rahsia yang Ibu simpan..
Di saat Ibu terluka, kadang kita alpa diulit keindahan dunia.
Di saat Ibu menunggu panggilan dari kita, 
kadang kita melebihi memanggil yang lain.
Di saat Ibu memarahi kita, mungkin kita terasa Ibu tidak lagi menyayangi kita.

Hai Anak..
Sedarlah!...
Ibu tidak akan memarahi kita selagi kita betul dan baik di matanya.....
Ketahuilah bahawa seorang Ibu akan sentiasa mahukan yang terbaik untuk anaknya..

Jadilah yang terbaik untuk IBU kita...
Kerana Allah sentiasa menyayangi mereka yang menghormati dan menyayangi kedua ibu bapanya.

InsyaAllah..






5/07/2012 11:14:00 pm

Sunday, 6 May 2012

♥ Pencarian PENAJA untuk Durrany Pillow Talk

Durrany
Pillow Talk

Permohonan Sumbangan Tajaan Motivasi Pillow Talk:

1. Sukacita dimaklumkan bahawa Durrany Pillow Talk sekali lagi telah mengadakan sesi Motivasi Pillow Talk yang akan diadakan:

Tarikh: 30hb Jun 2012- 1hb Julai 2012
Hari: Sabtu dan Ahad
Tempat: De Palma Hotel, Seksyen 19, Shah Alam.

2. Seramai 10-15 orang peserta yang akan menyertai sesi Pillow Talk pada kali ini.

3. Durrany Pillow Talk ini juga bertujuan diadakan bagi melahirkan generasi yang unggul dalam mempertingkatkan kesedaran positif, kefahaman karakter dan keyakinan terhadap diri sendiri.

4. Justeru itu saya wakil daripada admin Durrany Pillow Talk ingin memohon sedikit sumbangan tajaan ikhlas dari pihak anda.

5. Anda boleh menaja seperti dalam bentuk wang tunai/ majalah/ key chain/ teddy bear/ shawl/ hand bag/ bag galas/ pencil box/ yassin/ tasbih/ goodie bag/ t- shirt dan banyak lagi.

6. Jika anda berminat sila inbox di Facebook Mya Elle atau e-mailkan ke durranylicious@hotmail.my atau anda boleh menghubungi di 012- 924 1200 (Pn. Yara) atau 017- 913 4859 (Pn. Isabella).

7. Kami akan menghantar segala paperwork dan jadual mengenai Durrany Pillow Talk kepada anda. Kami juga akan memberikan surat rasmi dari Durrany Pillow Talk jika perlu.

8. Kami berharap sumbangan ikhlas yang anda hulurkan dapat meringankan kos bagi melaksanakan program ini.

9. Kami juga amat berbesar hati jika sekiranya anda dapat menjadi PENAJA untuk sesi Durrany Pillow Talk pada kali ini.

10. Segala kerjasama dan sumbangan dari pihak anda dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

11. Kelebihan menaja kami:

i) Nama dan logo syarikat anda juga akan disertakan dalam kempen promosi, poster-poster dan kain rentang bagi program kami.
ii) Kami akan memasukkan nama syarikat anda dalam buku program kami.
iii) Dapat memperkenalkan jenama dan barangan anda kepada generasi muda.
iv) Percuma booth/tempat/meja untuk pertunjukan barangan dan servis pada hari akhir Durrany Pillow Talk di De Palma Hotel.
v) Kami akan menjemput semua penaja untuk hadir pada hari akhir Durrany Pillow Talk untuk penyampaian hadiah, goodie bag kepada peserta dan penghargaan kepada penaja.
vi) Mendapat pahala dan insyaallah syarikat anda semakin maju nanti. Aminn..

12. Antara aktiviti program yang akan diadakan







> Kendiri
 - Kenali diri anda dan pengenalan kepada penaja- penaja.
Angguni dirimu
 -        Ketahui cara penjagaan kulit muka, rambut dan pemilihan tudung dengan betul
 -   Ketahui cara- cara berpakaian dan menghiasi diri dengan mudah dan bergaya.
 -        Rahsia menjadi seorang yang professional.

> Positive mindset
-        Pelajari rahsia di sebalik minda anda
-        The secret of life

Pillow Talk time!
- Mendekatkan diri dengan Pencipta dan bermuhasabah.
-        Game Durrany Pillow Talk
-        Sharing is caring

> Aerobic/ Swimming

Pillow Talk Party!
-Tidbits

- Penyampaian hadiah, goodie bag dan penghargaan kepada penaja.












Durrany 
Pillow 
Talk
By Durranylicious!


(P/s: Kami akan menggunakan semua barangan yang ditaja di dalam sesi berdandan dan positive mindset contoh; shawl, baju, magazine, make up,  dan apa- apa yang akan diberikan oleh penaja.)

Jika terdapat sebarang pertanyaan lebih lanjut mengenai Durrany Pillow Talk ini anda boleh lah menghubungi 012- 924 1200 (Pn. Yara) atau 017- 913 4859 (Pn. Issabella) atau e-mailkan kepada durranylicious@hotmail.my



5/06/2012 01:55:00 am

Thursday, 3 May 2012

♥ Qiesya 6 bulan dah pandai apa?

Qiesya now 6 months old!

Pagi tadi bawak Qiesya pergi cucuk kat clinic. Nangis ckit lepas tu I senyum dia pun senyum.. Manja betul dia sekarang. I nak pergi mana2 sekejap pun kalau dia perasan dah merengek. I nak masuk toilet sekejap pun dia dah cemek dah muka. Aduhai.. Macam mana la mama nak buat keje macam ni sayang.. Huhuhu..

Bila dah 6 bulan ni Qiesya lasak betul. Dulu pun memang lasak gak kot? Ok.. Tapi sekarang dia 2x ganda lasak. Atuk Ummi dia pun dah tak larat nak dukung. Hehe. Last weekend kami balik kampung. Lama dah tak balik Muar. Rindu betul! Bila tengok Muar, teringat masa kecik2 dulu. 

Oh ye! Qiesya sekarang dah pandai cuci tangan. Bila kita pergi dekat sink dan buka air paip tu je dia terus hulur tangan sebelah kanan lepastu bila kita cakap "Another hand.." Dia terus tukar sebelah lagi tangan. Comel betul! I ajar dia dari usia 4 bulan lagi.

Qiesya suka betul tengok baby first especially cartoon Peek-A-Boo. Bila dengar music Peek-A-Boo je kepala dia tak gerak ke mana dah depan TV je la. Kadang tu mata bulat sampai tak berkelip! Kelakar tengok.

Ok, bab makan pulak dulu masa 3-5 bulan. I letak sudu kat bibir Qiesya baru dia buka mulut nak makan. Sekarang ni tak payah letak sudu pun dia dah nganga mulut. Hehe!

Ipad! Oh habislah Ipadku.. Mula2 dia tengok je Ipad tu bila I buka A-tube babyfirst. Tapi selepas dia nampak I tekan2 kat screen Ipad tu dia pun nak cuba. Tapi.......
Dia tak guna jari telunjuk ok. Dia guna tapak tangan dan tapak kaki.. T_T

Dulu masa Qiesya 3 bulan dia dah pandai bukak pampers sendiri. Sekarang dah 6 bulan seluar pun dia dah pandai bukak sendiri. I tengah buat kerja kat lappy and then lepas tu I letih I nak bawak Qiesya naik bilik. Tiba2 I nampak pampers dia je. I rasa I pakai kan dia seluar panjang tadi. Bila tengok betul2 rupa2nya seluar dia dah ada kat mulut dia tengah geget2.. Mama belikan mainan tak nak gigit. Seluar jugak yang awak suka gigit kan?

Ok. Aritu kat Muar.. Hubby, Qiesya and I pergi makan Sushi King! Sedapppnya! Tapi ada orang tu loya. Hehe! Kesian Hubby dia 1st time makan. 

Kami suka Sushi!

Alololo!

kekenyangan Sushi hooo




5/03/2012 12:35:00 am

♥ NURHAYATI ;



    Assalamualaikum..
    I'm Nurhayati Abd Malek
    Uhh..
    Well Life is too short to be sad kan.
    So.. Happy lah while U can
    while U still breath. ;)




    ♥ CHILLAX HERE! ♥



    ♥ LETS CLICK! ♥






♥ ME STORY ♥

♥ ANOTHER COOL! ♥

♥ Past




    ♥ BE MY FRIEND AT FaceBook

    Mya Elle

    Create Your Badge